Generasi ketiga (XW30; 2009–sekarang) Toyota_Prius

Toyota Prius (XW30)
Maklumat
PengeluaranMar 2009–sekarang
Tahun model2010–sekarang
PemasanganTsutsumi, Jepun (Toyota City)[27]
Chachoengsao, Thailand (Disember 2010-sekarang)
Changchun, Jilin,China
KelasKereta bersaiz sederhana
Stail badanHatchback 5 pintu

Toyota menampilkan Prius baharu (model AS tahun 2010 ) semasa Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara Januari 2009,[28] manakala jualan bermula di Jepun pada 18 Mei 2009.[29] Toyota memotong harga Prius daripada 2.331 juta yen kepada 2.05 juta yen untuk bersaing dengan Honda Insight[30], membawa kepada teka-teki sama ada peningkatan jualan Prius akan menyebabkan penurunan jualan kenderaan Toyota lain pada margin yang lebih besar. Persaingan daripada kereta hibrid yang lebih murah, terutamanya daripada Honda Insight, menjadikan Toyota berasa sukar untuk menentukan kejayaan Prius.[31]Badan barunya lebih aerodinamik, dengan pemalar heretan dikurangkam kepada 0.25 Cd. Sayap belakang di bawah badan membantu menstabilkan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penarafan kecekapan bahan api anggaran, melalui kitar gabungan AS EPA, ialah: 4.7 L/100 km.[32] Prius merupakan kereta paling jimat minyak yang dijual di AS pada tahun 2009, berasaskan penarafan rasmi.[33] Hanya Honda Insight generasi pertama (2000–2006) dengan transmisi manual yang mampu memperoleh penggunaan bahan api yang lebih rendah. Data rasmi UK bagi kecekapan bahan api Prius T3 ialah: Bandar 3.9 L/100 km, Luar Bandar 3.7 L/100 km, Gabungan 3.9 L/100 km.[34]

Enjin petrol 1.8 liter (sebelum ini 1.5 liter) menghasilkan 98 hp, dan dengan tambahan kuasa dari motor elektrik, ia menghasilkan jumlah kuasa kuda sebanyak 134 hp (sebelum ini 110 hp). Sesaran enjin yang lebih besar ini membolehkan kilasan lebih tinggi dihasilkan, mengurangkan kelajuan enjin (RPM), yang boleh menambah baik penggunaan bahan api pada kelajuan lebuh raya. Dengan penggunaan pam air elektrik, enjin Prius menjadi enjin automotif pengeluaran pengguna yang tidak memerlukan tali sawat perkakasan, yang turut menyumbang kepada penjimatan bahan api.[35] Motor elektrik serta komponen lain dalam sistem aliran kuasanya juga lebih kecil dan lebih cekap daripada piawaian purata industri.[36] Toyota menganggarkan penyongsang arus, motor dan kotar gear adalah 20 peratus lebih ringan. Brek cakera menggantikan brek gelendong belakang.

Rujukan

WikiPedia: Toyota_Prius http://www.caradvice.com.au/1697/more-toyota-prius... http://cars.about.com/cs/testdrives/fr/prius_tst.h... http://green.autoblog.com/2008/03/07/in-china-toyo... http://green.autoblog.com/2009/09/04/toyota-tops-2... http://www.autoweek.com/article/20090402/carnews/9... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601209&si... http://www.businessweek.com/archives/1997/b3557013... http://www.businessweek.com/globalbiz/blog/eyeonas... http://www.cartalk.com/content/testdrives/Reviews/... http://www.cartalk.com/content/testdrives/Reviews/...